sukarnya hidup!!

Susahnya hidup jika kita terpaksa sembunyikan rasa yang tersirat dihati. Inilah namanya pengorbanan dalam percintaan. Pengorbanan yang harus kita lakukan demi melihat kegembiraan diwajahnya. Hati sering tertanya adakah dia bahagia tanpa kita,perasaan ragu-ragu tentang apakah akan terjadi dalam hidupnya,adakah dia gembira,sedih dan bahagia tanpa kita disisinya. Jika mencintainya setulus hati,jika dia minta dilepaskan,jika dia tidak mahu bersama, kita perlulah lepaskan dia kerana dia kita bahagia kerana dia kita gembira. Apakah aku salah menilai erti cinta,adakah aku lalai dalam perhubungan? adakah aku seorang yang terlalu sensitif dengannya? Persoalan yang sukar untuk dihuraikan bagi manusia yang terlalu mencintai. Apabila kita melepaskan dia pergi,dihati terasa hiba,kecewa,tidak bahagia,disebaliknya jika kita tidak melepaskannya,dia pula yang sengsara,derita. Apakah pilihan yang aku ada untuk membuat kami sama-sama bahagia. Adakah lagi peluang untuk aku bersama.

Comments