hari demi hari..rindu aku padanya semakin terasa..tetapi demi kebahagiaannya aku menjauhkan diri dari semua perasaan itu dan menyibukkan diri aku dengan pelbagai aktiviti.. sering juga aku terkenangkan saat kami bersama membina bahagia,. tetapi apa kan dayaku ia tidak kekal lama.. deminya juga aku tinggalkan secara terpaksa hanya ingin melihat dia bahagia. cukup sekadar aku melihatnya dari jauh dan kadangkala melihatnya bahagia bersama insan lain. dia layak mendapatkan kebahagiaan.. masa silamnya yang membuatkan aku terus menjaganya sehingga hari ini..dan aku tidak mahu melihatnya hanyut sekali lagi..mungkinkah disebabkan aku terlalu menjaganya sehingga perasaanku kini menjadi celaru kerana tidak dapat melihatnya?? atau aku cemburu melihat kebahagiaannya diketika aku berpura bahagia didepannya walhal itu hanyalah mainan mata mereka yang melihat aku... kerana dia jugalah aku melepaskan nya hari ini..walau sudah seringkali dia meminta untukku menjauhkan diri daripadanya.. sekarang diriku sudah boleh menerima dirinya bukanlah untukku.. aku melepaskan dirinya dan cuba untuk tidak menjaga dirinya lagi.. salahkah aku? aku tidak tahu jawapannya. aku tidak pasti dengan dirinya itu.. dalam hatiku selalu tertanya adakah dia bahagia? adakah dia akan menangis? adakah dia bahagia atau berpura?.. sering bermain difikiranku, pastikah aku untuk melepaskan dirinya... tetapi hanya kerana dia, aku tekad menjauhkan segalanya berkaitan diriku dari hampir dengan dirinya..YaAllah, YaTuhanku, bantulah dia untuk membina hidup yg sempurna seperti orang lain.. amin...
Comments
Post a Comment