Pada 15 haribulan 8 2013 yang lepas, aku pergi ke seri menanti, kuala pilah untuk menjadi salah seorang ahli crew event bagi pihak GPMS shah alam untuk menjayakan majlis berbuka puasa yang dijalankan disana. Hari pertama menjejakkan kaki kesana, sangat menyeronokkan hati aku, keindahan taman yang dihiasi kehijauan dan luasnya taman dan ladang dengan pelbagai haiwan ternakan. Disana, aku sangat teruja melihat keadaan persekitaran yang sangat indah. Aku bermain buaian yang dipenuhi dengan lilitan pokok menjalar di keliling buaian itu. Tiba-tiba aku dilamun perasaan seolah-olah aku duduk di alam lain, yang dimana hanya aku berada didunia aku sendiri, tanpa ada gangguan dan tanpa memikirkan sedikitpun masalah. Sehingga aku terlupa untuk berjumpa dengan tuan rumah terlebih dahulu. setelah tersedar dari lamunan baru aku tersedar yang aku sedang berbual bersama rakanku disebelah,yang dimana dia juga sedang duduk dibuaian sama dengan aku. Setelah itu barulah kami masuk keteratak mewah tuan tanah. Malu pula rasanya tidak memperkenalkan diri ketika setelah lama sampai di sana. Aku hanya menebalkan muka dan terus berjabat tangan dengan semua isi rumah yang ada. rakan-rakan yang lain telah tiba lagi awal dari kami bertiga. tidak pula aku teringat berapa orang semuanya yang datang untuk menjadi crew event disana. hari pertama tidur disana, aku terasa kekok juga sebab jarang aku mahu tidur dirumah orang yang tidak aku kenali. Susah jugalah mata aku untuk lelap,tetapi entah bila aku sudah pun berdengkur. Mungkin aku kepenatan kerana seharian aku tidak berehat.
Pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi aku dan rakan-rakan telah bangun dan bersiap untuk menerima tugasan dan membahagikan tugas-tugas dan tanggungjawab. Sebelum itu,sarapan telahpun tersedia oleh tuan rumah. tuan rumah membahasakan dirinya dengan panggilan ibu dan ayah. wah!, terasa rapat sangat dengan panggilan seperti ini. OH, rupanya ada segelintir rakan yang sudah datang kerumah ibu dan ayah. Keluarga ini membuatkan aku tersentuh,kerana layanan mereka yang sangat baik. Makanan yang sangat banyak dihidangkan pada kami, malu juga rasanya mahu menjamah tetapi bau dan warna masakan membuatkan aku hilang rasa malu dan merasa makanan yang ada dihadapan mataku. Ibu sememangnya suka memasak,sedap juga rasa makanan yang dihidangnya. Sambil kami bekerja, kami menganggap ia seperti bersuka ria, tanpa ada perasaan tertekan. Seronoknya disana sehingga lupa akan kepenatan. setelah siap segala tugasan untuk hari itu,kami masuk kerumah dan berehat. Ada yang terus berbaring dan ada juga menyiapkan pakaian untuk mandi dan membersihkan diri.Malam itu kami kelaparan dan terus menuju kedapur melihat apa lagi yang tinggal untuk kami mengalas perut,maklumlah sudah malam tidak pula mahu makan terlalu banyak kerana mahu tidur. Penuh keliling meja bulat dengan kehadiran kami secara beramai-ramai kedapur. lapar sangat agaknya semua orang. Tekun betul melihat mereka menjamu selera. Biasalah,bila ramai makan pun rasa seronok. Selesai membasuh pinggan,kami terus masuk tidur,nampaknya semua kepenatan dan tidur dengan lena sekali. Tidak pula aku sedar dengan bunyian kerana aku juga telah dibawa mimpi.
hari ini lah mulanya PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL DAN RUMAH TERBUKA ANAK MELAYU, disini semua yang datang memperagakan pakaian tradisional yang sangat indah. Mereka berbusana seperti pahlawan dan serikandi melayu yang sangat menyerlah. Pelbagai aktiviti yang diadakan disana termasuklah pertunjukan pertandingan silat(bunga silat), persembahan kuda kepang, pameran keris,pameran tanjak, dan pertandingan busana tercantik selai dari pertandingan besar iaitu memanah menggunakan panah tradisional. Jika mahu diceritakan semuanya,memang tercabutlah jari-jemari aku,sesungguhnya disini sangat seronok dan inilah rumah terbuka paling unik yang pernah aku lihat. Pengalaman ini akanku semat dihati.

Comments
Post a Comment