Zack adalah salah seorang anggota polis berpangkat Sarjan dan bekerja dibahagian siasatan jenayah komersil. Zack seorang yang sangat komited dengan kerja dan sangat pentingkan kerja dan tanggungjawabnya. Seringkali ditegur oleh ahli keluarganya tentang masa bersama dengan keluarga,dan semakin hari keluarga semakin terasa dengan Zack. Sebelum ini, Zack tidak pernah bekerja kerana diterima dalam PDRM setelah tamat sahaja Diploma di salah sebuah universiti awam.
Kerja sebagai polis ini kalau nak diikutkan, hanyalah kecil berbanding kerja-kerja yang lain,namun niat dan nawaitu lah pendorong untuk berkhidmat untuk negara. Wang gaji yang diterima setiap bulan,itulah wang yang digunakan untuk pusingan untuk pergi kerja,makan dan minum. Kalau nak kata beli pakaian,setahun sekali sahaja. kalau kerja yang lain,ada elaun pelbagai,namun kerja sebagai polis ini, tiada gaji overtime,dan tidak seperti yang lain.
Jawatan Zack adalah sebagai penolong pegawai penyiasat dan adalah individu betanggungjawab dalam membuka Kertas Siasatan bagi kes-kes jenayah komersil. setiap kali ON pada hari tersebut Zack akan menerima panggilan dari balai dan akan bercakap dengan individu yang membuat aduan. Zack tidak pernah melengah-lengahkan masa untuk mengambil keterangan pengadunya. Zack juga sering dimarahi oleh pengadunya kerana bertanyakan soalan-soalan yang dirasakan pengadunya tidak penting,namun ada sesetengah diantara mereka juga memahami mengapa soalan tersebut diajukan. Pihak pengadu tidak merasakan ia penting,namun ia adalah perkara penting bagi membantu sedikit sebanyak dalam siasatan Zack. Zack ditempatkan di kawasan yang tinggi kes bagi komersil, dan setiap hari lebih kurang 10-12 aduan yang akan diterima. dan dalam satu minggu Zack ON 3 hari selang seli dengan rakan-rakan yang lain. dimana kes-kes yang berat atau kerugian yang besar akan diberi keutamaan,namun kes-kes yang kecil tetap diambil tindakan dan mengikut urutan kes yang diterima. hari-hari Zack berlalu dengan cepat kerana jadual kerjanya sangat penuh dan kadangkala tiada masa untuk makan walhal juga tidak sempat untuk Zack membersihkan diri.
Pada tahun ke tiga Zack bekerja, zack telah mengalami kemalangan jalan raya. Semasa mahu pergi ke pejabatnya,dia telah dilanggar oleh sebuah kereta dan mengalami patah kaki kiri dan kecederaan pada muka. Zack dibenarkan cuti selama 6 bulan untuk sembuh dan sementara itu Zack juga tidak henti-henti dihubungi oleh pengadunya yang pelbagai ragam,namun Zack hanya menjawab jujur yang dia kemalangan dan siasatan akan dilakukan sebaik sahaja sembuh dan boleh berjalan semula.
Proses siasatan telah diterangkan oleh Zack kepada pihak pengadunya,namun pengadunya tidak memahami dan menyatakan Zack tidak menjalankan siasatan dan tanggungjawab. pengadu tersebut telah kerugian sebanyak lebih kurang RM130,000.00. Pengadu tersebut telah membuat aduan kepada pihak atasan berkenaan kes tersebut dan Zack diambil tindakan,namun zack telah dapat menangani masalah itu kerana kes telah selesai disiasatan dan hanya menunggu untuk tangkapan. Tangkapan tersebut adalah diluar daerah dan memerlukan bantuan luar daerah bagi membuat tangkapan, walau bagaimanapun,Pengadu tersebut tetap tidak berpuas hati kerana tiada apa-apa makluman tangkapan dari pihak polis. Zack selalu membuat follow up kepada daerah luar untuk kes tersebut namun,keputusan adalah gagal. Zack setiap hari berdoa agar pengadu memahami kerjanya sebagai pihak polis yang tidak mengambil ringan perkara ini. dan dia berdoa agar pesalah tersebut akhirnya dapat diberkas dan memuaskan hati pihak pengadunya. Zack juga sering dinasihati oleh pihak pegawainya dimana dia sebagai anggta polis perlu banyak bersabar dengan orang awam kerana orang awam tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berbadan uniform. dimata mereka hanyalah 'kita polis,makan duit orang awam dan anjing kerajaan'. Sebagai anggota yang berintegriti,Zack memahami keadaan itu dan muhasabah diri supaya tidak digolong dalam kategori itu.
Zack meneruskan harinya dengan tekanan yang bertambah, ada yang selesai dan ada yang masih dalam siasatan. Kes- kes berkenaan siber meluas,dan makin berkembang,bukan kerana polis tidak bekerja,ia adalah kerana jenayah siber adalah meluas dan melibatkan jenayah dunia. Zack diberi tekanan hebat oleh orang awam. Zack sangat tabah menghadapinya dan sentiasa berhemah ketika berkata-kata.
MORAL OF STORY:
MENGERTILAH DAN FAHAMILAH MEREKA YANG SANGGUP BERKORBAN DEMI KELUARGA,AGAMA DAN BANGSA.
BERILAH SEMANGAT DAN DORONGAN UNTUK MEREKA SENTIASA MEMBANTU ANDA WALAU TIDAK ANDA SEDARI
JANGANLAH DICACI PEKERJAAN MEREKA
sehingga ke hari ini, Integriti tetap menjadi lambang teguhnya berdiri walau dilanda taufan yang ganas, walau digegar bumi dan gunung.

Comments
Post a Comment